tempoh pertemuan tidak menjanjikan apa apa jaminan yang kamu bakal mengharungi bahtera hidup dengan aman dan gembira..seorang sahabat pernah berkata " perkenalan 5 bulan mungkin lebih baik daripada perkenalan 5 tahun " ..
bagai isi dengan kuku,bagai ombak dan pantai..ada turun naiknya sesuatu mengikut ketentuan Nya ..kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan segalanya..sakit bila kepercayaan yang diberi diracik racik halus ditelan masa..akhirnya,tembelang mula retak dengan sendirinya..pada mulanya tiada riak rasa hitam untuk dihamburkan walaupun yang lain sudah melemparkan kanvas hitam buat kamu..
aku cuba berharap hitamnya kamu itu kerana terlindung disebalik bayangan sesuatu..sedetik tak pernah mencalit warna hitam untuk diri kamu..tapi sayang,ternyata hitamnya kamu itu bukan dilindungi bayangan tetapi hitamnya kamu itu kehendak sendiri..
tiada apa yang dapat dikatakan bila hati sudah mula pudar warna warna pelangi..sayangnya aku pada kamu,aku masih berharap kamu dapat mencari jalan keluar..mohon hidayah dan petunjuk dari Nya..
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang ..