Jul 23, 2012

Sayonara Short Semester

banyak perkara berlaku sepanjang semester pendek ini..turun naik gelora jiwa,pasang surut momentum hati dan perasaan..mungkin ada hikmah di sebalik setiap pertemuan,setiap perpisahan..kita merancang , Dia yang menentukan..


untuk sayang sayang,kuatkan hati..kita bukan lagi kanak kanak hingusan yang berdiri di sebalik pagar besi laksana menunggu ibu dan ayah tiba..tidak salah untuk terus menunggu,tapi harus sedar,banyak benda yang harus di laksana mengikut perancangan..mungkin kita tidak berdiri di kasut yang sama,tapi yakinlah bahawa yang menyamakan aku dan kau adalah kekuatan kita untuk terus bangun dan berjalan ke hadapan..


aku bukan insan sempurna..tetapi aku berusaha untuk menjadi pelengkap kepada Sang Pencipta dan juga manusia di sekeliling aku..kau juga begitu..hiraukan seketika mulut mulut yang berbicara,yakin pada diri Insyaallah mendapat pertolongan-Nya..


tiada manusia sempurna yang hidup tanpa masalah..hidup perlukan cabaran dan aku yakin kau dan aku masing masing sedang melaluinya..cuma apa yang diturunkan pada kita berbeza..Allah itu tak akan menguji makhluk-Nya lebih dari kemampuan mereka..bangun dan terus berdiri..aku ada kau,kau ada aku..Insyaallah kita boleh saling memaut bila masing masing perlu bantuan..


hanya satu dari aku :
" Allah beri rezeki sama rata , cuma kurnian - Nya berbeza "